Wednesday, September 22, 2010

Pameran Minggu Anti Dadah

Pameran Minggu Anti Dadah SMK (P) Sri Aman telah dilangsungkan pada 8hb Julai 2010 di Galeri sekolah. Pameran ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada para pelajar tingkatan 1 sehingga para pelajar tingkatan 5.

Ahli Jawatan Kuasa Kelab Anti Dadah Dan Jenayah


JAWATAKUASA PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SMK (P) SRI AMAN
PETALING JAYA

Penasihat            : Pn Alainal Hasani bt Md Noor (Pengetua)
Pengerusi            : Pn Loh Kwee Fong (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi     : Cik Liew Lee Ping (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha           : Pn Norhasimah bt Mohd Nor (Guru PPDa)

Ahli-ahli :
1. Pn Fatimah Kadir (Guru Kanan Bahasa/ Penyelaras Aktiviti Kurikulum)
2. Pn Ngau Siew lian (Guru Kanan Sains/ Penyelaras Aktiviti Kurikulum)
3. Pn Lim Ah Kiek (Guru KananTeknik dan Vokasional/ Penyelaras Aktiviti Kurikulum)
4. Pn Goh Mui Yin (Guru KananKemanusiaan/ Penyelaras Aktiviti Kurikulum)
5. Pn Sofiah bt Abu Bakar (Guru Bimbingan & Kaunseling/ Penyelaras Pembentukan Sahsiah)
6. Datin Mary John (Ketua Unit Disiplin/ Penyelaras Pembentukan Sahsiah)


JAWATANKUASA SUDUT PPDa SMK (P) SRI AMAN
PETALING JAYA

Penasihat          : Pn Norhasimah bt Mohd Nor (Guru PPDa)
Pengerusi          : Nurul Farhani Hanifuddin
Setiausaha        : Adilah Abd Aziz
Bendahari          : Kaiyisah Busra Suhaimi

Ahli-ahli:
AJK Papan Kenyataan /Bahan-bahan PPDa : Nur Fara Adilah Abdullah
AJK Program/Aktiviti                               : Amizah Aida Ahmad
AJK Inovasi                                             : Amirah bt Roslan
AJK Penyebaran Maklumat                        : Siti Anisah Rashid Ahmad
AJK Fotofgrafi                                         : Najihah Abdul Razak


JAWATANKUASA PENGAWAS PPDa SMK (P) SRI AMAN
PETALING JAYA
Pengerusi             : Nurul Farhani Hanifuddin (4KB)
Setiausaha           : Adilah Abd Aziz (4SC)
Bendahari            : Kaiyisah Busra Suhaimi (4KB)
AJK :
1. Nur Fara Adilah Abdullah (4KB)
2. Amizah Aida Ahmad (4SD)
3. Najihah Abdul Razak (4SB)
4. Siti Anisah Rashid Ahmad (4SC)
5. Amirah bt Roslan (4SC)
6. Nazatul Ezmeera Anisan (1E)
7. Nurul Hayati Muhammad Zain (1E)
8. Nurul Syuhada Masri (1D)
9. Shalini a/p Thevarajan (1A)
10. Siti Sarah Mohd Danian (1G)
11. Siti Maisarah Rozmi (1D)
      

Sunday, September 19, 2010

Panduan Pencegahan Jenayah

PENYELUK SAKU

cara untuk menghindari penyeluk saku:
·   Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai. Anda boleh membeli melalui internet atau menggunakan kad kredit.
·   Silangkan beg anda di hadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan ia telah dikunci atau dizipkan.
·   Jangan tinggalkan beg tangan anda di atas bakul atau troli di pusat membeli-belah.
·   Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.
·   Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.
·   Jangan tidur dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi.

KECURIAN KENDERAAN

TEMPAT-TEMPAT DI MANA KECURIAN BERLAKU:
·   Tempat letak kereta awam, kompleks membeli-belah, di depan rumah, tepi jalan raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat yang sering berlakunya jenayah ini.

CARA-CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA:
·    Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik.
·    Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan kelac.
·    Pastikan juga kereta sentisa dikunci.
·   Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
·    Jangan serah kunci kepada 'jockey' kereta.
·     Mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (Sand Blasting)

CARA-CARA UNTUK MENGHALANG KECURIAN MOTOSIKAL:
·    Letak motosikal di tempat yang dikhaskan.
·    Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
·    Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat terang/berlampu.
·    Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelak motosikal dari dicuri.
·   Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian penting.


ROGOL

cara-cara mengelak dari kejadian rogol:
·   Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
·   Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
·    Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
·    Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.
·   Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
·    Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
·   Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.
·   Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
·   Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
·    Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
·   Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
·   Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
·    Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama. 

mengatasi ancaman rogol:
·   Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
·    Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
·    Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru.
·   Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.

RAGUT

di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
·    Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
·   Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka. 
bagaimana ia boleh belaku:
·    Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
·    Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
·    Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak.
·    Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk membeli-belah.
·    Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.

langkah-langkah keselamatan dari ragut:
·    Sentiasa membawa wang secara minima.
·    Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
·   Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
·    Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
·    Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
·   Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
·   Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
·   Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
·    Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.

rompak/samun

ROMPAKAN DI RUMAH
·    Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
·    Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
·   Kenal pasti pelawat melalui 'door viewer' dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
·   Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.

ROMPAKAN di tempat awam
·   Berwaspada apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang berpeleseran di kawasan lif.
·    Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan.
·    Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
·    Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini.
·    Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.
·    Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.
·   Berhati-hati dengan orang yang mencurigakan yang sentiasa berpeleseran di lif, tangga, kaki lima dan di kawasan awam.
·   Bawa alat penggera bersama anda dan gunakan ia untuk mencegah perompak atau untuk menarik perhatian orang yang berdekatan.

apa perlu dilakukan apabila anda dirompak.
·    Anda perlu bertenang.
·    Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
·   Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
·   Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kenderaan, dan jenis kenderaan. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
·   Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi Balai Polis berdekatan dengan segera.


Seminar Jenayah MBPJ 2010


Tarikh : 27 April 2010
Tempat : Dewan Banquet, Dewan Sivik MBPJ
 


Ucapan Perasmian Dari Y. Bhg Dato' Hj Mohamad Roslan Bin Sakiman

  

Perasmian Seminar Jenayah MBPJ 2010
 

Persembahan dari Ruffedge

 

 

 

Pameran Tentang Jenayah Di Kalangan Remaja

 

 


Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah

Ucapan dari Pengerusi dan Naib Pengerusi.




 

Perasmian Pelancaran Minggu Anti Dadah




Pembacaan Ikrar Anti Dadah.




Ceramah Dari Datuk K. Sivananthan.
 



Dadah - Punca & Kesan Penagihan

Sumber: UTUSAN MALAYSIA (Arkib 01/02/2005)


SEJAK sekian lama, dadah menjadi satu bahan yang dicari-cari oleh sesetengah orang, tetapi dibenci dan dimusnahkan oleh satu pihak yang lain.

Dahulu, dadah merupakan bahan untuk bersosial oleh golongan atasan seperti merokok pada zaman sekarang, manakala orang miskin pula menjadikan sebagai bahan yang digunakan untuk membekalkan tenaga yang membolehkan bekerja berat dalam tempoh yang panjang.

Dadah juga digunakan sebagai ubat semasa peperangan pada zaman dahulu sehingga zaman sekarang masih lagi digunakan dalam perubatan moden.

Ia juga pernah menjadi punca peperangan. Begitulah pengaruh dadah.

Mari kita sama-sama lihat mengapa seseorang itu menagih dadah dan cara-cara menghindarkannya.




PENGARUH RAKAN SEBAYA

Ini merupakan punca yang paling ramai bagaimana seseorang mula terjebak dengan penagihan dadah. Cuba kita merenung sejenak, pernah kita dengar atau lihat seorang ayah mengajar anaknya menagih dadah atau mengajar anaknya bercita-cita menjadi pengedar dadah?

Sudah tentu tidak atau jarang dilihat dan dengar. Dari sini bolehlah disimpulkan bahawa kita kenal dan mula menagih dadah sebahagian besarnya dari rakan-rakan kita.

Cara menghindarkannya ialah:

* Mempunyai keyakinan pada diri sendiri

* Menerima kebaikan dan kelemahan diri sendiri

* Menghormati diri anda serat orang lain

* Merasa senang dengan diri sendiri dan orang lain

* Mempercayai diri sendiri

* Membuat keputusan sendiri kerana anda tahu apa yang baik bagi anda


PERASAAN INGIN TAHU

Keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru dikenali merupakan perkara lumrah bagi seseorang.
Perasaan ini lebih menonjol dalam usia remaja.

Sebab itulah kita lihat masalah sosial banyak berpunca dari golongan remaja seperti lumba haram, bohsia, peras ugut dan lain-lain.

Semuanya berpunca dari alasan, saja suka-suka nak cuba nanti kalau tak berkenan boleh berhenti. Ia ke boleh berhenti? 

Cara menghindarkannya ialah:

* Sedarilah risiko yang akan ditanggung

* Fikir dengan teliti situasi tersebut

* Fikir mengenai akibatnya

* Buat keputusan agar tidak terpengaruh


KESERONOKAN

Masa di usia remaja merupakan zaman yang sungguh manis dan penuh dengan keseronokan.

Pada usia ini kebanyakan aktiviti-aktiviti yang paling digemari kebanyakannya ialah berbentuk keseronokan yang sementara. Fikir dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Cara menghindarkannya ialah:

* Renungkan sejenak perbuatan itu positif atau negatif terhadap diri anda

* Fikirkan tentang kesan jangka pendek dan juga kesan jangka panjang

* Keseronokan yang dicari tidak semestinya memberikan kebaikan kepada anda


TIDAK MENGETAHUI BAHAYA DADAH

Tidak mengetahui atau tidak mempunyai sebarang maklumat tentang bahaya dadah terutamanya dadah jenis baru yang berada di pasaran.

Kebanyakan selepas mengambil, menggunakan, memakan dan sebagainya dadah ini barulah kita mencari kesannya dari segi perundangan dan kesannya pada diri kita.

``Eh... salah ke ambil pil ni? Eh... apa kesannya selepas ambil pil ni, serius ke? Tak tahu pun!''

Secara logiknya jika tidak salah kenapa membeli dan mengambil pil ini secara sorok-sorok?

Cara menghindarkannya ialah:

* Luaskan pengetahuan anda mengenai dadah melalui pembacaan atau dengan mendapatkan maklumat di dalam Internet

* Jangan malu bertanya kepada orang yang berpengetahuan dan boleh dipercayai

* Menghadiri dan turut serta dalam seminar-seminar dan juga aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan dadah.


MASA LAPANG YANG MEMBOSANKAN

``Bosan betullah! Eee boringnya. Tak tau nak buat apalah hari ini.''

Itulah antara perkataan yang sering diluahkan oleh setiap orang khususnya remaja.

Berdasarkan pengamatan, sebahagian besar punca sebenar perasaan ini timbul ialah tinggal di rumah yang terlalu sempit, tiada aktiviti dan tempat riadah yang dijalankan oleh penduduk di sekitar tempat tinggalnya, kurang aktiviti yang menepati minatnya diadakan, keluarga yang sentiasa sibuk dan sebagainya.

Cara menghindarkannya ialah:

* Isi masa lapang dengan perkara yang berfaedah

* Wujudkan satu hobi yang berfaedah dan menggembirakan kepada diri kita

* Sibukkan diri kita dengan pelbagai tugasan


MENCARI KETENTERAMAN JIWA

Jiwa yang tenang akan dapat mengimbangi keputusan tindakannya. Jiwa merana, badan juga turut sengsara. Kita pernah terdengar bidalan mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena. Begitulah umpama jiwa yang perlukan bantuan dan ketenteraman.

Cara mendapatkan ketenteraman jiwa ialah:

* Tingkatkan amalan berbentuk keagamaan

* Bersukan

* Beriadah (Berkelah dan sebagainya)

* Amalkan cara hidup yang sihat

* Minta nasihat kaunselor/pakar jiwa


Pilihan ada di tangan kita. Terpulang jalan mana yang kita pilih. Inginkan keseronokan yang sementara dan inginkan kebahagiaan yang hanya dalam angan-angan.

Cuba renungkan sejenak, jika menagih dadah itu membawa bahagia kenapa ramai penagih dadah yang longlai di merata tempat, mendapat penyakit AIDS, terlibat dengan jenayah dan tiada sebarang kisah yang menyatakan dia lebih bahagia selepas menagih dadah.

Renungkanlah. - AADK

Jenis-jenis Dadah

HEROIN

Definisi

-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.


Jenis/Bentuk

Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar


Nama Lain 

Big H, Dope, Smack, TNT


Cara Penggunaan

Menjuntik, Menghidu


Ciri-ciri penagih

Mata dan hidung berair, mengantuk, mudah marah dan resah, pertuturan tidak jelas, cemas, takut, sugul


*******************************


MORFIN


Definisi

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.


Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1


Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .


Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.


Jenis/Bentuk

Morfin Mentah, Bes Morfin, Pil Morfin


Nama lain

M.Tab, White Sulfat, Monkey, Dreamer, Morphan


Cara Penggunaan

Menyuntik, menelan


Ciri-ciri penagih

Hilang selera makan, tindak balas lambat, kecacatan keseimbangan, pertuturan tidak jelas, sembelit, halusinasi, mengantuk, cemas


*******************************

CANDU






Definisi

Dihasilkan daripada buah popi muda .


Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah.


Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat. Berwarna coklat hitam.


Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap.


Jenis /Bentuk

Candu mentah, candu masak, tahi candu


Nama lain

Shollboy, Black Stuff, Opium, Mandat, Pen Yeh, “O”, Tar


Cara penggunaan

Menyuntik, menelan


Ciri-ciri penagih

Pernafasan perlahan, rasa pening dan keliru, mual dan muntah-muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sunggul


*******************************

GANJA








Definisi

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . 


Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan.


Jenis/Bentuk

Seperti daun kering dan dimampat


Nama lain

Grass, pot, Marijuana, weed


Cara penggunaan

menghisap


Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah, kegembiraan & terlalu cergas/ketawa, mudah marah dan resah, cemas/takut/hilang pedoman, kuat cakap dan kuat makan, kecacatan perimbangan, yuforia dan sunggul




*******************************


SYABU

Definisi

Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit.


Jenis/Bentuk

Kaca/kristal, pecah, serbuk halus seperit tawas


Nama lain

Ice


Cara penggunaan

Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu


Ciri-ciri penagih

Yakin pada diri sendiri, bertenaga & cergas, boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur, tingkah laku agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung berair, mual dan muntah-muntah, hilang selera makan


*******************************


ECTASCY / MDMA



Definisi

Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .


Jenis/Bentuk

Pil dengan pelbagai warna dan simbol


Nama lain

Pil Khayal, Pil goyang kepala, YAMA, YABA


Cara penggunaan

Menelan, campur dan minuman


Ciri-ciri penagih

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan, kuat becakap, boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala, tindak balas terlalu cepat, hilang selera makan, mudah marah & resah, halusinasi, cemas dan takut, mulut kering, tidak boleh tidur


*******************************
KETAMIN


Definisi

Sejenid ubat bius untuk haiwan.  Kebelakangan ini, ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves.


Jenis/Bentuk

Serbuk putih, kristal, cecair, pil


Nama lain

“K”, Special K, Vitamin K, Kit Kat


Cara penggunaan

Dihisap melalui hidung, campur dalam minuman


Ciri-ciri penagih

Berada di bawah kesedaran yang rendah, mengubah, deria pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri, boleh bertindak ganas, hilang keseimbangan badan, mual dan muntah-muntah